Wednesday, October 21, 2009

Minyak Petrol RM300 seliter??

Assalamualaikum,

Berita menarik di Utusan Malaysia pada hari ini ialah betapa Kerjaan Negeri Pulau Pinang telah membeli minyak petrol untuk kenderaan resminya dengan harga RM 300 se liter. Pendedahan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara di dalam laporannya mendedahkan penyelewengan yang sangat dasyat itu. Bertambah teruk lagi ialah pembelian minyak petrol untuk kenderaan yang sama dibuat lat 8 - 9 minit dengan kuantiti 100 liter setiap belian. Ini sungguh mengejutkan kerana kesalahan tersebut terjadi di negeri yang bangga dengan ketelusan dan akauntabilitinya. Bagaimana perkara ini boleh terjadi. Sudah tentu kerana tiada pengawasan, tiada pemeriksaan dan tiada penguatkuasaan. Orang yang memegang kad inden minyak boleh dibenarkan berbuat sesuka hati dan membeli minyak untuk dirinya sendiri juga menggunakan wang negara dan perkara ini gagal dikesan sehingga Audit Negara membuat pemeriksaan.

Sila ambil tindakan segera memberhentikan penyelewangan ini. Mereka yang melakukan kesalahan perlu dikenali segera dan seluruh rantaian kuasa (chain of command) perlu dipertanggungjawabkan, disiasat dan dihukum walau pun membawa kepada Pegawai Kewangan Negeri dan Setia Usaha Kerajaan Negeri sendiri.

Jangan biarkan perkara ini berulang lagi.

No comments:

Post a Comment